Sms ini sebenarnya telah lama. Telah lama juga ku buang dari inbox ku. Malah nombornya telah tiada dalam simpananku. Namun sms dari insan ini pernah benar2 menyentap ketenanganku. Lebih2 lg sms yg bagai ada bau2 kesedihan. Atau terkilan. No matter what it is, kami masing2 perlu masa untuk mengubati luka… luka yang sudah terlalu lekat dalam kehidupan kami. Allah, mengapa cinta ini akhirnya begini…?Salah aku. Salah dia. Cinta ini juga buta. Cinta yang langsung tidak membawa aku lebih dekat kepada Allah..
Hati aku sentiasa menangis. Menangisi perpisahan itu. Apa yang terzahir pada luarnya adalah sisa kekuatan diri.. ku paksa untuk tabahkan hati. Aku tak menangis sehebat waktu dulu. Namun kali ini, perpisahan ini, benar2 telah menggugat. Menggugat segalanya yang dulunya aku masih mampu pertahankan. Cinta! Mungkin ada yang tersenyum membaca keluhan hati yang pernah jatuh cinta ini. Mungkin ada yang turut sama mengerti apa yang aku lalui kini. Ah, aku sendiri tega tersenyum sinis membaca, melihat dan mendengar keluhan2 hati yang bercinta. Selalunya tak masuk akal. Selalunya tak rasional. Hanya pada emosi semata2. namun cepat2 aku letakkan diri andai aku ada pada tempat dan situasi mereka. Apa yang pasti, mana2 yang silap yang mereka lakukan, aku takkan ulangi, malah lebih berhati2.. belajar dari pengalaman org2 sekeliling. Walau apapun, percayalah. Bila ia berkaitan dengan hati dan perasaan, ..kita akan sentiasa berdepan dengan risiko salah memilih..
Mungkin kau tak tahu, walaupun aku mengatakan benci.. walaupun aku kata mau mula hidup baru.. dan walaupun aku sedar hakikat yang cinta kita payah untuk menyatu, jauh di sudut hati ini, aku sentiasa membisikkan namamu. Anehnya masih ada ruang untuk aku mencintaimu tanpa sedikit pun rasa sakit hati. Ada sesuatu yang indah yang dapat aku rasai hanya bila denganmu. Ianya masih terasa hingga kini. Sesuatu yang sukar untuk dijelaskan sekelip mata. Aku sebetulnya tak pernah menemui kata2 indah yang cukup untuk mengungkapkan betapa dalamnya rasa ini. Halus menusuk.. pedih, namun indah.
Walau jauh manapun aku berlari dan bersembunyi, dalam hatiku tetap terukir namanya. Meskipun kepercayaan hilang sekalipun, kasih ini tak pernah ada tanda untuk tergugat… Masih tidak tergugat, walaupun begini akhirnya. Setia sungguh aku. Kesetiaan yang memakan diri..Kesetian ini juga lah yg m'buat aku bersetuju untuk meneruskan pertunanganku dgn pilihan kedua org tua ku..
Apa yang ingin aku katakan di sini cuma satu, Roni .. Benda yg penting dalammembina hubungan kasih ialah dgn hadirnya cinta. Aku pergi, dan perlahan2 lepaskan kau pergi kerana aku sedar, ada antara kita yang sudah hilang rasa cinta.
Doa dan harapanku untuk melihat dirimu bahagia akan sentiasa mekar mewangi…