CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, July 27, 2011

Dimana dia Sang Penyelamatku??

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah...

Salam 1blogger~~

ello..ello...ello...Jijah nak cerita atau lebih tepatnya nak meluahkan perasaan Jijah..
Jijah tak tau nak start cerita macam mana, sekarang otak Jijah cuma berfikir untuk menaip dan terus menaip..
cerita itu bermula dengan..

"Sumpah demi tuhan,kalau kau nak kawin juga dengan lelaki tuh,aden tak kan restu,pergilah kau kawin kat thailand dengan dia"
 masih terasa betapa pedihnya hati ini apabila sang ayah yang kita harapkan untuk merestui hubungan cinta ku dengan lelaki yang memang mungkin belum tentu mampu memberi ku kesenangan seperti mana ibubapa ku berikan selama ini.. Apa itu erti cinta kalau kita memandang materi..memang benar wang adalah perkara yang paling penting untuk membiayai kehidupan sehari-hari.. memang lelaki ini tidak kaya dengan wang..tapi sekurang-kurangnya dia bisa membuat aku tersenyum.. aku nampak kesungguhannya untuk memiliki diri ini..
 
namun,apa yang benar-benar merobek hati ini adalah,dimana dia sang penyelamat ku yang selama ini ada di depanku yang selalu membela aku?? dimana dia,orang yang selalu menjadi benteng untuk melindungi aku..dia yang selalu membela ku..dia yang selalu menjadi pelindung di sana tangan-tangan kasar anak lelaki dirumah memukul ku...di mana dia?? dia ada di sisi ku saat itu namun dia cuma mendiamkan diri..kenapa dia tidak membantu ku saat itu?? kenapa?? adakah dia juga tidak suka hubungan aku dan lelaki ini??
 
dia yang selama ini aku percayai yang akan selalu melindungi ku cuma berdiam diri saat aku memerlukan bantuannya.. tiada kata-kata semangat yang dia berikan seperti biasa..dia cuma terdiam melihat airmata ini mengalir saat hinaan yang keluar dari mulut-mulut orang yang aku sayangi..
 
aku memerlukan kamu penyelamatku~~


Tuesday, July 19, 2011

kehangatan mulai terasa kembali~~

SALAM 2 ALL READERS~~

hai..lama nya Jijah tak update blog..kesibukan yang melanda kehidupan sehari-hari yang mengakibatkan Jijah tiada masa untuk menulis dan bercerita..

selama Jijah menyepikan diri,pelbagai perkara yang Jijah lalu..termasuklah kesibukan menguruskan urusan untuk berniaga di bazar ramadhan..tak sabar menunggu bulan ramadhan..kehangatan makin terasa apabila bisa berpuasa bersama keluarga tersayang dan juga kekasihku yang tersayang Mohd Khairul Hafiz...
 

Selama ini Jijah selalu tidak menemui kekasih yang boleh menerima diri dan keadaan Jijah apa ada nya. Alhamdulillah, Hafiz berjaya membuat hati ini menerimanya walaupun pada mulakan keluarga Jijah tidak bisa menerima hubungan kami.. Doa'n kami semoga boleh melalui hubungan ini sebaik-baiknya..

bebbalik semula ke cerita bazar ramadhan.. setiap tahun pada bulan ramadhan, kami sekeluarga akan bertungkus lumus dalam menjual jualan kami kerana kami ingin mendapatkan pulangan yang lumayan dan juga kepuasan untuk beraya..tak sabar nak melihat kesibukan orang membeli pelbagai juadah yang dijual di bazar nanti dan kesempoian penduduk kuala terengganu adalah mereka akan beramai-ramai duduk di taman syahbandar sambil menunggu waktu berbuka..sudah seperti lautan manusia dan setelah kenyang berbuka ada sebahagian yang mungkin akan pergi menunaikan terawih dan ada juga yang sebahagian langsung berjalan-jalan di expo yang menjual pelbagai barangan yang mungkin diperlukan di hari raya.. contohnye seperti baju raya,beg raya,kasut ray dan yang paling best adalah kuih raya..ehhehehehe.. dan apa yang pasti sekarang Jijah tak sabar juga menunggu hari raya..(poce belum lagi dh cakap pasal raya) =/

ok..sampai disini sahaja dulu kita bercerita... i'allah..bila Jijah ada masa Jijah posting cerita lagi ok...
xoxoxoxoxoxo