CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 1, 2012

jeles nye untuk semua ini~



Pejam mata tak terasa dah hampir 8bulan in love.. and now,semakin jeles dengan melihat ramai sahabat-sahabat yang ingin bertunang dahulu sebelum menikah. Kenapa aku tak terfikir pun? Ya Allah..aku hanya terfikir untuk menikah kerana bagi aku tunang itu cuma akan membazir saja.. tetapi setelah melihat semakin ramai yang ingin bertunang dahulu sebelum menikah membuat hati ini mahu bertunang juga..
oh..no way..tolong jangan terpengaruh wahai cik liza syamsurizal ei..sekarang kumpul duit tuk menikah saja jangan nak lagi keserabutan otak anda..hahaha.. insyallah,dengan izin Allah yang maha besar,kakak aku yang telah bertunang pada hujung tahun 2011 akan menikah pada bulan 6 ini dan insyallah lagi,abang aku juga akan menuruti langkah kakak ku. Aku ada terfikir nak menikah pada tahun ini juga,but bila fikir-fikir balik,maybe tak kot..

btw..sesiapa yang nak bertunang tuh,selamat bertunang..sesiapa yang nak menikah dah tuh,selamat pengantin baru..


Tuesday, January 10, 2012

Ragam dunia,Memeningkan

"apa erti gambar ini? aku sendiri tidak tahu,yang penting ada gambar"

Setiap pagi yang kini aku lalui semakin payah,bangun tidur saja pun payah kerana "malam..ku tidur tak lena,teringatkan dirimu" itu bak kata lagu Tak ku sangka Tak ku duga by Apit..Meh nak sambung sikit lagi,"mengalir airmata ku,menemani malam sepi ku". Sekarang setiap hati aku mendengar lagu-lagu yang cuma akan menambahkan curahan airmata ini mengalir. Jangan di tanya mengapa kerana aku sendiri pun tidak tahu apa yang sudah terjadi pada diri ini.

Adakala aku semakin binggung dengan perjalanan hidup yang semakin entah apa-apa ini,tetapi aku masih bersyukur kerana masih mampu bernafas dibumi Allah s.w.t yang indah ini. Kini aku semakin kuat berusaha untuk mencapai apa yang dari dulu ingin aku capai,menjadi yang terbaik tidak mudah dengan hanya mengelip-gelipkan mata dan memohon simpati dari orang lain. Dulu mungkin iya tetapi bukan untuk aku yang sekarang.

Kenapa mesti ada orang-orang yang berkicauan disana-sini menceritakan kesalahan anak orang lain padahal pada waktu yang sama anak mereka juga melakukan kesalahan yang sama. Biarkan kami yang sedang mencari identiti kami sendiri,uruskan saja peribadi kamu semua sendiri. Jangan mudah menuding jari ke orang yang tidak bersalah,cari dulu bukti sebelum menuding jari dan meludah ke orang itu. Pelbagai ragam manusia di dunia ini, ada juga yang seperti aku yang cuma bisa meluahkan segalanya di sini, aku tidak mengajar diri aku apabila marah langsung marah ke orangnya kerana aku takut kalau sempat dia melawan dan aku tidak kuat pula untuk melawan kembali. Ada juga yang cuma tahu duduk di kamar beradu nak menyalahkan diri sendiri atas kesalahan yang belum tentu salah mereka sendiri. Ada pula yang bercinta tetapi tidak tahu menghargai diri sendiri dan pasangan. Yang tidak tahu menghargai diri sendiri ini yang parah,apalagi kalau perempuan,sanggup memberi jiwa dan raga yang konon katanya untuk membuktikan cinta. Apa itu CINTA??

Mudah saja,kalu bagi aku cinta hanya sesuatu yang payah,semua orang mudah mengatakan I LOVE U kerana perkataan itu bukan saja bermaksud AKU CINTAKAN KAU tetapi juga AKU SAYANGKAN KAU. aku sendiri saja pernah mencuba payah untuk mengungkapkan aku cintakan kau pada kekasih aku kerana bagi aku cinta itu berat tetapi menyayangi itu lebih ringkas dan mudah. Aku bukan seorang yang puitis dan romantis tetapi hubungan percintaan akan menjadi lebih mudah jika saling mengerti.

Ragam tetap ragam, Cerita tetap cerita, Cinta tetap cinta.