CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 23, 2011

Home Sweet Home~~

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah...

hai..rasa macam dah lama saja Jijah tak update, hari nih mood Jijah baik sikit..Sikit saja lah..Oleh kerana mood yang ssikit baik ini Jijah nak update entry sikit jugak la..

Kali ini Jijah nak cerita tentang rumah..Semua orang tau yang bahawa rumah adalah keperluan asas..hahahahaaa...semua orang perlukan rumah.. dan setiap orang jugak mempunyai makna rumah mereka sendiri.. Kalau kawan-kawan tanya kat Jijah apa tuh rumah, Jijah akan jawab.. Rumah Adalah tempat di mana kita akan berasa aman dan selamat dan yang paling penting ada kebahagian di dalam nya..

itu kalau jawapan daripada Jijah..Tempat yang betul-betul membuat Jijah merasa selamat adalah di Rumah Jijah yang ada di Pekanbaru.. Jijah nih penakut nak tidur sendiri tetapi kalau di rumah itu,Jijah tak kisah walaupun tinggal sendiri.. Kenapa macam tuh?? Kerana di situ lah tempat yang paling selamat bagi Jijah.. Walaupun sekarang Jijah tinggal di rumah di terengganu tetapi Jijah dapat rasa kan yang jiwa Jijah tertinggal di rumah Jijah yang di Pekanbaru, Indonesia tuh...

ok bye bye..
nak bagitau nih je..
XoXoXoXoXoXoXoXo

Monday, May 16, 2011

persahabatan ini~~

aku lihat keluar jendela..bulan masih indah di atas langit..
aku lihat di samping ku..adik ku sudah terlena di buai mimpi..
aku lihat di album foto di laptop ku..terdapat beberapa keping foto sahabat-sahabat ku yang aku curi dari facebook mereka..


menitis air mata aku sangat mengenangkan luahan kata-kata hati nya Ansri Handayani di dalam blog nya.. tidak dapat aku bayangkan betapa kuat nya hati nya melewati pelbagai cobaan yang di beri oleh ya Allah s .w.t..
aku ingin mendakap nya saat dia di dalam kesedihan tapi apa kan daya, kami hanya kenal di dunia maya..cuma kata-kata semangat yang bisa aku sampaikan kepada nya..


tersenyum aku melihat foto nya Eva r Nikita dan Nailiamani Aman.. 

Eva adalah sahabat yang terbaik yang pernah aku dapat,kata-kata semangat dari dia saat aku butuh perhatian sudah cukup menghilangkan perasaan gundah di hati.. Naili adalah seorang sahabat yang suka bercerita tentang kehidupan harian nya kepada aku.. tersenyum sendiri aku saat membayangkan semangat dia dalam mengejar sang pemuda yang telah mencuri hati nya..

terlihat foto sahabat-sahabat lama ku.. Oline Sabrina Purba, Fransiska Irene Miranda dan Lingse Panjaitan.. Mereka ini lah yang dulu yang selalu ada di saat aku sedih dan gembira dan kini kami di pisahkan dengan jarak yang jauh.. Oline di Jakarta, Siska di Tanjung Pinang ,Lingce di Pekanbaru dan aku sendiri di Malaysia.. Walaupun kami semua hanya bisa berkongsi cerita melalui dunia maya tapi aku yakin yang bahawa persahabatan kami ini terlalu indah.. 


aku rindu kehangatan pelukan dari sahabat-sahabat ku~~

Saturday, May 14, 2011

Keyakinan itu datang sendiri``

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah...

hai..hari ini mood Jijah tak berapa ok..Jijah baru aja siap buat resume and application letter.. Yup..Jijah nak pergi mintak kerja.. Baru Jijah sedar sebenar nya dah tiba waktu nya untuk Jijah berdiri di atas kaki Jijah sendiri.. memang la selama nih pun berdiri pakai kaki sendiri..Maksud Jijah adalah Jijah nak buat something yang selama ini Jijah takut nak buat.. Jijah nak try kerja dengan orang lain..

Selama nih Jijah selalu duduk bawak ketiak mak dan abah je..tapi tadi waktu Jijah duduk termenung sambil melihat Domo-kun yang terkapar di sisi dinding membuatkan Jijah tiba-tiba merasa bosa..bosan dengan kehidupan Jijah sekarang nih.. Maybe Jijah patutu try something yang baru.. Jijah nak gunakan semua ilmu yang selama ini Jijah belajar bersungguh-sungguh.. Jijah nak gunakan semua ilmu tuh.. buat apa Jijah kerja kalau kerja yang sekarang ini tak guna ilmu yang Jijah pelajari selama ini.. 3tahun Jijah menahan diri hanya kerana inginkan segulung kertas.. segulung kertas yang membuktikan Jijah sudah tamat pengajian.. Jijah tak nak lagi men sia-siakan masa Jijah dengan perkara yang entah apa-apa nih...


Keyakinan Jijah untuk dapat kerja yang Jijah mintak nih tidak la banyak..tapi keyakinan dalam hati Jijah mulai banyak keran sekarang Jijah yakin semua orang yang Jijah sayang akan selalu ada untuk Jijah.. selalu ada untuk menambahkan keyakinan dalam jiwa dan kehidupan Jijah setiap hari..

ok..sampai di sini saja entry Jijah..sahabat-sahabat..doakan Jijah dapat kerja yang elok-elok tau..
bye
=               =
--------------
xoxoxoxoxoxoxo
(hug n kiss)

Tuesday, May 10, 2011

Perempuan itu lebih dari segalanya~~~

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah...

hai semua...hari ini Jijah ada mood nak update blog..sebab Jijah baru tengok cerita "Ayat-Ayat Cinta" filem Indonesia yang di adaptasikan  dari novel yang ditulis oleh Habiburrahman El Shirazy.. Sebenarnya Jijah dah tengok cerita nih banyak kali..huhuhuhuuu...

Jijah sesuka watak yang dilakonkan oleh Rianti.. Jijah tak dapat bayangkan kalau watak seperti itu wujud di dunia sekarang ini.. betapa kuatnya hati seorang wanita berkongsi kekasih hati nya dengan perempuan lain..  Jijah selalu dengan cerita kawan-kawan Jijah yang boyfriend dyeorang selingkuh, tuh baru boyfriend saja dah boleh membuat perempuan meraung-raung menangis macam nak mampus..malah ada juga perempuan yang bodoh yang sampai nak bunuh diri..


Sebenarnya perempuan lebih kuat darpada lelaki..lebih kuat.. nak bukti nya apa??? mereka lah yang melahirkan anak untuk lelaki... mereka lah yang menyusukan anak untuk lelaki..
tapi apa balasan yang mereka dapat, mereka dapat pembantu..pembantu untuk melayan suami mereka pula.. lelaki selalu mencuba untuk mencari alasan untuk berkahwin lain.. diantara alasan nya adalah, sang isteri terlalu sibuk kerja sampai tiada masa untuk melayan mereka.. lelaki nih tak ada otak ke?? kenapa mereka tak boleh nak fikir perasaan perempuan..fikir lah walau sikit pun...

Lelaki boleh kahwin sampai 4..memang Jijah respect kalau lelaki tuh boleh bahagikan rasa sayang yang sama untuk semua isteri-isteri nya.. Tapi mak pernah cakap kat Jijah yang walau berapa banyak pun isteri nya, pasti isteri yang pertama jugak yang akan selalu di ingatan mereka kerana isteri pertama tuh macam cinta pertama dan semua orang cakap  cinta pertama itu yang akan kita ingat sampai mati...

Ok dear..sampai di sini sahaja dulu..lain kali Jijah buat entry yang lain.. dalam entry kali ini pun Jijah tak ada niat untuk membuat para lelaki merasa down kerana Jijah cuma cuba memahami dan menghurai perasaan perempuan-perempuan yang di kecewakan oleh suami mereka....

Perempuan memang lebih kuat daripada lelaki..bayangkan aja kalau lelaki melihat perempuan yang mereka sayangi, mereka akan automatik menjadi lemah...

bye bye......
=_______________="

xoxoxoxoxoxoxoxo
(hug n kiss)

Kenapa Lelaki Tak Boleh??

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah...

Hai semua..untuk entry kali nih Jijah nak share sikit cerita mengenai perkara yang baru saja terjadi kat dalam keluarga Jijah.. Jijah selalu tertanya-tanya kenapa kalau sang isteri yang kehilangan suaminya,tidak banyak or tidak ramai yang akan berkahwin untuk yang kedua kali nya..

Dan pertanyaan ini juga muncul sekali lagi didalam minda Jijah tadi petang saat mendengar berita dari kampung, yang bahawa ada salah sseorang abang kepada Abah Jijah baru saja melangsungkan perkahwinan kedua nya dengan perempuan yang berumur 26tahun setelah beliau menjadi duda selama 7bulan..baru 7bulan..baru saja..

Dan tadi Jijah tak dapat nak bayangkan kalau mak Jijah dah tak ada dan abah Jijah akan berkahwin dengan perempuan yang hampir sama umur dengan anak-anak nya.. Kenapa lelaki tidak boleh nak menahan nafsu mereka?? kenapa?? menitis sang arimata saat memikir anak bongsu beliau, yang menghilangkan dia semenjak pak cik Jijah berkahwin lain..

Mak Jijah cakap, kalau perempuan tak nak kahwin kerana mereka selalu merisaukan anak-anak nya.. Tidak sanggup untuk berbagi kasih lagi dengan lelaki lain.. Tidak sanggup untuk mengkhianati   titipan sang suami untuk menjaga anak-anak nya dengan baik..

Bagaimana pulak perasaan sang anak??
kalau Jijah ada ibubapa yang berkahwin untuk mengantikan tempat mak or abah..
Jijah tak sanggup nak bayangkan pun,bagi Jijah perkahwinan itu cukup hanya sekali, sekali seumur hidup.. Bagaimana kita nak bermanja-manja dengan ayah kita kalau dia sedang ada di pelukkan isteri baru nya???  semua itu tidak dapat digambarkan, pasti remuk nya hati seorang anak apabila ayah mereka tidak lagi setia kepada arwah ibu mereka...


kenapa lelaki tidak boleh untuk membesarkan anak-anak nya tanpa isteri nya??
kenapa lelaki tidak boleh untuk setia kepada yang satu??
kenapa lelaki tidak boleh??
kenapa lelaki tidak boleh??
Kerana lelaki tidak cukup kuat tekad dihati seperti perempuan...seperti ibu-ibu kita semua..

ooohhhh......penatlah asyik tulis kenapa lelaki tak boleh..hahhaa
ok..entry Jijah kali ini tidak ada bermaksud untuk memburukkan or membuat orang lelaki merasa down.. tapi cuma ini idea yang muncul dalam otak Jijah saat ini...

bye bye
=__________________=

XoXoXoXoXo
(hug n kiss)

Sunday, May 8, 2011

itu dia Yayank saya``

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah..

Rindu nyer nak tulis...rasa macam dah lama sangat Jijah tak post entry yang baru.. Tiba-tiba rasa shaking la tangan nih nak menaip... Hhehehehehehhehe.... Gedix sudah.. =P

Ok..ok..cukup dengan kegedixkan kamu Jijah...hahahhaa...meh..meh duk dekat dengan Jijah..Jijah nak bagitau sumthing nih...Jijah dah ada Yayank dan kami menjalani Long Distance Relation.. =(
ok ok...sekarang saya jadi malu... hmmmmmmmmmm....
 ( =_________=" )


(ini yayank saya)

sengaja tak nak tunjuk muka...hahhahahahahaa.....
ok....nak bagitau tuh je... weeeeeeeeeeeeeeek... =P
lain kali Jijah post entry yang best-best...
ILY Yayank
 bye-bye...


XoXoXoXoXoXoXoXoXo
(hug and kiss)