CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, December 17, 2011

Kenapa semakin dalam Kesusahan ini?

semua yang aku lakukan cuma untuk mengejar kebahagian


Malam tadi hujan yang lebat turun dengan selebat-lebatnya,ketakutan mulai menyelubungi diri ini kerana tidur sendirian dikamar ruma sewa ku. Tetapi ketakutan itu berganti dengan keselesaan,panggilan dari dia telah membuat malam yang tadinya menjadi hantu menjadi bantal dan selimut yang hangat dengan hanya mendengar suara dia..

Tak dapat aku bayangkan kata-katanya malam tadi..dia akan pergi jauh meninggalkan aku. ya..memang betul dia pergi dan akan kembali lagi.Tapi hati ini siapa yang ngerti bertapa sakitnya menahan segala yang terbuku.Sayang menjadi benci.Benci menjadi dendam.Dendam menjadi kesusahan. Dan aku tak ingin perkara-perkara ini terus-menerus menghalang aku untuk melangkah.Melangkah menuju jalan yang lebih cerah,yang lebih bermakna.

6bulan..itu janji dia. Dia akan pergi dan aku akan menunggu. Daripada satu kesusahan menjadi dua, dari dua menjadi tiga, dari tiga menjadi empat dan kini sudah menjadi ke ribuan kesusahan.Cinta dia yang bagaikan rembulan yang menjelang pada malam. Katanya 6bulan ini akan berlalu tanpa sebarang kabar berita pun.Perjanjian apa ini?? Aku tak pernah setuju dengan semua ikatan perjanjian sebelah pihak sahaja.

Bagaimana dengan tidur malam aku yang mendatang? Bagaimana aku ingin tidur dengan bantal yang basah dengan airmata yang mengalir tanpa henti? Bagaiman sayang? Bagaimana? Ngak mengapalah sayang, aku akan cuba berpegang dengan janji mu itu dan kau pun berpeganglah dengan janji-janji mu itu.Bukan ku pinta segunung janji,tidak ku harap sinaran ini cuma ku ingin setulus kasih dan kesetian kekal selamanya..

Ku tamatkan warkah ini sampai disini saja. Seribu kemaafan ku mohon dari kedua ibu bapa ku yang selalu sabar dengan karenah dan tingkah aku yang selalu mengundang kemarahan,kesedihan,kebimbangan dan semuanya.Maafkanlah anak mu ini kerana selalu mengeluarkan kata-kata yang selalu meyinggung perasaan mak dan abah. "mak ngan abah selalu lebihkan anak lelaki daripada anak perempuan mak ngan abah."




No comments:

Post a Comment