CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, May 10, 2011

Kenapa Lelaki Tak Boleh??

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah...

Hai semua..untuk entry kali nih Jijah nak share sikit cerita mengenai perkara yang baru saja terjadi kat dalam keluarga Jijah.. Jijah selalu tertanya-tanya kenapa kalau sang isteri yang kehilangan suaminya,tidak banyak or tidak ramai yang akan berkahwin untuk yang kedua kali nya..

Dan pertanyaan ini juga muncul sekali lagi didalam minda Jijah tadi petang saat mendengar berita dari kampung, yang bahawa ada salah sseorang abang kepada Abah Jijah baru saja melangsungkan perkahwinan kedua nya dengan perempuan yang berumur 26tahun setelah beliau menjadi duda selama 7bulan..baru 7bulan..baru saja..

Dan tadi Jijah tak dapat nak bayangkan kalau mak Jijah dah tak ada dan abah Jijah akan berkahwin dengan perempuan yang hampir sama umur dengan anak-anak nya.. Kenapa lelaki tidak boleh nak menahan nafsu mereka?? kenapa?? menitis sang arimata saat memikir anak bongsu beliau, yang menghilangkan dia semenjak pak cik Jijah berkahwin lain..

Mak Jijah cakap, kalau perempuan tak nak kahwin kerana mereka selalu merisaukan anak-anak nya.. Tidak sanggup untuk berbagi kasih lagi dengan lelaki lain.. Tidak sanggup untuk mengkhianati   titipan sang suami untuk menjaga anak-anak nya dengan baik..

Bagaimana pulak perasaan sang anak??
kalau Jijah ada ibubapa yang berkahwin untuk mengantikan tempat mak or abah..
Jijah tak sanggup nak bayangkan pun,bagi Jijah perkahwinan itu cukup hanya sekali, sekali seumur hidup.. Bagaimana kita nak bermanja-manja dengan ayah kita kalau dia sedang ada di pelukkan isteri baru nya???  semua itu tidak dapat digambarkan, pasti remuk nya hati seorang anak apabila ayah mereka tidak lagi setia kepada arwah ibu mereka...


kenapa lelaki tidak boleh untuk membesarkan anak-anak nya tanpa isteri nya??
kenapa lelaki tidak boleh untuk setia kepada yang satu??
kenapa lelaki tidak boleh??
kenapa lelaki tidak boleh??
Kerana lelaki tidak cukup kuat tekad dihati seperti perempuan...seperti ibu-ibu kita semua..

ooohhhh......penatlah asyik tulis kenapa lelaki tak boleh..hahhaa
ok..entry Jijah kali ini tidak ada bermaksud untuk memburukkan or membuat orang lelaki merasa down.. tapi cuma ini idea yang muncul dalam otak Jijah saat ini...

bye bye
=__________________=

XoXoXoXoXo
(hug n kiss)

1 comment:

  1. suker ngan ini...nak promote kat wall saya.. :)
    saya tak tau sbb apa lelaki macam tu..yang saya tau..mak n abah pasangan yang paling ideal..selalu gelak tgok mak n abh..romantik..bila gaduh2 manja ngan kita-kita sekali rasa kebahagiaannya.. :)

    ReplyDelete