CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, April 23, 2011

"1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"




Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah..

Berdebar nyer rasa di hati ini sebab ini adalah kali pertama Jijah join contest.. Malu pun ada juga sikit...hahahhhaaaa.... Jijah nih pemalu sikit....(tak boleh blah ayat)..ok..sapa-sapa yang berminat nak join,korang leh gi kat blog cik abangg nih untuk mengetahui syarat-syarat tuk join...nih blog cik abang nih...TEKAN DISINI....

Ok kat sini Jijah nak share pic untuk contest nih...pic biasa-biasa je...


Jijah yang ambik pic nih..yang kat depan tuh Miss Bulat...kakak Jijah... Time nih kteorang tengah sibuk nak siap-siap nak gi dating dengan family kteorang...

Ok..sekarang masa untuk tag kepada para sahabat :

Thursday, April 21, 2011

Jom Kenali Blogger

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah..
(ini header Miss Reena Tan)

Ini first segmen yang Jijah join setelah di tag oleh sahabat baru Jijah iaitu Miss Elyn... Segmen ini di tawaran oleh Miss Reena Tan..

Blog Jijah ini masih baru lagi..Baru start menulis dari November 2010..
Dalam blog nih Jijah banyak berkongsi semua perasaan Jijah.. Tak kira lah waktu sedih, waktu marah, waktu patah hati, waktu rasa ingin bercinta, waktu rasa tertekan..semua waktu lah.. Jijah juga ada buat beberapa tips..

Blog yang di tag adalah blog-blog manusia yang bernama wanita... wanita-wanita yang omey-omey... Iaitu : Miss Anny a.k.a Miss Bulat dan Miss Amira Mastura....

Sahabat blogger semua, mai pakat join segmen nih...boleh kita semua mengenali sesama sendiri..
xoxoxoxoxoxoxxoxo

Wednesday, April 20, 2011

Kembalikan senyuman aku..kembalikan..

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah..

Hati ini menangis lagi untuk buat sekian kali nya.. Tadi saja-saja nak tengok blog dia, lepas tuh terbaca balik posting kat blog dia mengenai cinta yang aku beri namun dia tolak.. Keinginan dia untuk setia ke kekasih nya membuat hati aku terluka..

Minggu nih aku menyadari yang dia mulai meragui cinta dan sayang yang pernah aku tawaran kepada nya..Kenapa semua ini boleh berlaku?? Aku ingin dia melayani karenah aku seperti sebelum nya.. Kenapa hati aku masih belum boleh menerima yang dia tidak boleh mencintai aku?? kenapa hati aku terlalu degil?? Kenapa aku menangis lagi??

Kembalikan senyuman aku..kembalikan..

Aku pernah berjanji dengan hati aku yang tidak akan pernah lagi mengalirkan air mata kerna dia tapi air mata ini sering menitis lagi, menitis seiring dengan hati yang terluka.. Aku tidak boleh membohongi diri aku sendiri.....

Dapat Award````

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah..

Pagi nih bangun saja tidur, Jijah langsung online FACEBOOK...Ada post daripada sahabat tercinta yang dia suruh Jijah tengok kat blog dia.. Rupa-rupa nya dia ada bagi award buat Jijah dan kawan-kawan yang lain... Thanks sayang...(sayang main-main saja) weeeeeeeeeeeek...

Happy sangat sebab selama mem'blog nih belum pernah lagi ada yang bagi award....

Dan award ini juga Jijah nak bagi ke sahabat-sahabat blog Jijah yang lain juga, yang Jijah rasa mereka juga layak untuk dapat award nih....

Monday, April 18, 2011

Adakala Perasaan Itu Wujud```

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah..

Posting kali ini Jijah nak bercerita mengenai perasaan Jijah.. Adakala Jijah rasa apa yang doktor cakap yang Jijah tak pandai nak kawal hormon Jijah sendiri, betul kot..Sebab Jijah akan selalu pening bila Jijah sendiri tak tahu apa yang boleh membuat Jijah hilang kawalan dalam perasaan Jijah sendiri...
Antara perasaan yang paling Jijah tak boleh nak kawal adalah :

1. Ketawa : Jijah susah nak berhenti ketawa kalau dah start ketawa tunggu 1jam kemudian la kot baru boleh berhenti...

2. Marah : Jijah jarang marah, jadi bila Jijah marah mungkin lagi sikit macam orang gila...
(tak de pic Jijah time betul2 marahlah..Jadi ni ok jugak la sikit)

3. Malu : Jijah jarang juga kot malu..sebab Jijah bukan kucing yang suka malu-malu..Tapi Jijah ada juga la pic time malu... =__________________="
(malu la kot..tak boleh blah)

4. Mencintai : Perasaan nih lah yang paling susah nak di kawal.. Jijah rasa perasaan nih la yang paling kuat buat Jijah rasa Pening..
(konon2 dalam pic nih Jijah tengah merasa mencintai seseorang la kot)

5. Cantik : Jijah suka sangat dengan perasaan nih, apalagi bila orang yang cakap Jijah cantik..Memang Jijah Memok tapi ramai yang kata Jijah kurus ke Jijah memok ke..Jijah tetap omel and cantik..Dan bila Jijah rasa cantik, maka Jijah pun rasa cantik la...hahahahahaaa
=_____________________=



p/s : buat yang rasa benci tengok gambar-gambar Jijah yang super duper gedix nih, abaikan.. sebab "ADA AKU KESAH????"
weeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkk....

Aku Sengaja````

Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah..

Minggu nih sendirian lagi sebab Miss Bulat dah balik ke hutan nya semula...
Waktu dia balik, kteorang ada juga pergi shoot suka-suka dengan adik-adik kami yang lain...
Dalam minggu ini ramai yang cakap Jijah dengan Miss Bulat kembar..
Yang cakap kteorang tuh kembar memang buta lah...

Kan dah jelas-jelas aku lebih comey dari dia dan dia lebih chantek dari aku...
Ok..Jijah tak nak cakap banyak..
Jom tengok Pic-pic yang tak seberapa nih..
'
'
'
'
V

(gambar 1 : aku tersenyum cover)
'
'
'
'
'
v

(gambar 2 : sengaja cuma bahagian saya di cerahkan)
'
'
'
'
'
v

(gambar 3 : sengaja cuma bahagian saya di cerahkan)


p/s : 1. gambar banyak sangat jadi JIjah cuma pilih gambar yang Jijah kelihatan omel-omel je..
hahahahahahaha

2. sebenar nya takde idea pun nak update posting tapi tangan nih tiba-tiba gatal lak nak post something..

LAYANNNNNNNNNN>>>>




Saturday, April 9, 2011

Cukuplah Sudah Wahai Hati~~

" Wahai hati tolong jangan jatuh cinta lagi..
   Sudah penat aku senyum dalam kepedihan ini..
   Jangan kau bukan aku semakin merasa kepedihan ini..
  Wahai hati, tolong hapus dia..
   Tolong hapus dia dari perasaan aku..
  Wahai hati, aku ingin mati rasa..
   Tolong matikan semua perasaan ini.."

Aku cuma perlukan waktu buat memikir semua ini..Aku inginkan kau..kau yang sudah mempunyai si dia..Dan aku hanya ingin mengisi kekosongan dalam hatiku sahaja.. Aku ingin buang semua perasaan ini tapi tidak pernah boleh kerana aku sangat-sangat menyayangi kau...

Kau begitu baik dengan aku..Aku tidak boleh membayangkan satu pun keburukan kau.. Aku mulai suka kan yang lain yang mungkin bisa menerima aku tapi aku tolak cinta nya kerana kau.. Hanya kerana kau.. Tapi sekarang..Saat aku menulis warkah ini,aku merasa penat dalam hati.. Penat.. Penat sangat..Penat dengan hati aku sendiri..Hati yang degil..Hati yang tidak pernah mahu untuk berhenti menyayangi dan menyukai manusia yang bernama lelaki...



Adakala aku menangis..Menangis hanya kerna harus menghadapi semua ini sendiri.. Mana Kakak ku tersayang.. Mana sahabat-sahabat yang selalu memberi kata-kata semangat pada aku.. Mana mereka semua?? Aku merindui mereka..mereka yang tidak pernah penat mendengar cerita-cerita aku..mereka yang selalu ada buat aku.. Sekarang aku penat dengan hati aku sendiri...

Wednesday, April 6, 2011

Jangan Call Aku Pagi-Pagi````

Dialog aku pagi-pagi tadi jam 5.43a.m

Hp aku bunyi sambil menyanyikan..
"I'm about to lose my mind 
You've been gone for so long 
I'm running out of time 
I need a doctor 
Call me a doctor 
I need a doctor, doctor 
To bring me back to life "

Aku : halo (mood mamai)
si dia : Yunk, aku rindu la..
ok bye..
Aku : kau iler kan?
si dia : asal lak??
Aku : kau call aku pagi-pagi buta hanya untuk cakap tuh..dah la aku baru je tidur nih..
si dia : nak wat macam mana aku termimpi kan kau..
Aku : ok bye..
si dia : nanti la dulu..
Aku : ok bye..
si dia : apa nih yunk?? Nanti la dulu..
Aku : wei bodoh..aku nak tidur la iler..ok bye..

p/s: sekarang aku nyesal sebab dah marah-marah kat dia tadi pagi.. Sekarang dia merajuk dan aku tak tau nak pujuk macam mana...
Yayang Khai..maafkan Jijah..
tolong jangan kacau waktu tidur aku sebab aku pun kena call Yayang Jelek aku subuh-subuh untuk nyuruh dia bangun Kuliah....

Tuesday, April 5, 2011

Tips Cinta Jarak Jauh```

Miss Jijah di sini dan pada posting kali ini Jija akan berkongsi tentang bagaimana untuk menjaga hubungan jarak jauh agar terus berkekalan malah lebih hebat daripada keadaan sekarang.Jijah buat posting ini sebab ada kawan yang tercinta yang suruh sebab dia pun sedang menjalani hubungan jarak jauh nih...nak tau siapa dia Tekan Kat Sini...
seperti yang kita tahu, cinta boleh membuat dua insan mempunyai penghubung atau connector untuk connect hati mereka.. Jadi persoalanya sekarang, bagaimana kita hendak mengekalkan hubungan jarak jauh.. Jawapan yang paling penting adalah kita mestilah selalu meng'call nombor hati couple kita dan berhubung dengan mereka selalu~~buat masa ini Jijah cuma ada tips yang ringkas, I'allah kalau ada masa lain kali Jijah buat part 2 lak...hahahahaa

Tips nya adalah :
  1. Berjumpa walaupun hanya untuk sekejap Ya, kalau boleh selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada wang, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan anda yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun seketika akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta anda berdua...Rindu…..Jumpa. Rindu….Jumpa. (Berjumpa mengikut batas-batas moral dan agama ya :) )
  2. Perlu selalu ingat untuk setia
    Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa ‘insecurity’ pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir “Ah mesti dia ada lelaki lain kat sane, sia-sia je aku setia” , ” Betul ke hubungan ni boleh di bawa ke jinjang pelamin nanti? Cari sini lagi best.” dan ______________(isi tempat kosong)...
    Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan membersihkan diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan.
  3. Berikan kejutan kepada pasangan anda : Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan cinta yang membosankan kerana masing-masing sudah 'selesa' dengan perbuatan masing-masing. Kalau dulu bukan main selalu senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, sikat rambt kemas-kemas dan semua cara yang control-control.
    Cara untuk memecah pola hubungan bosan ini adalah untuk meletakkan elemen of surprise iaitu sebarang kejutan yang bermakna kepada pasangan anda. (saya tidak menanggung sebarang kejutan yang membawa padah seperti sakit jantung ya :) )...
    Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda.
    Okay, harap anda boleh praktikan tips cinta ringkas pada posting kali ini.

Ingat, jika anda hendak mengubah situasi hubungan anda, anda harus berani bertindak bukan hanya merancang tanpa sebarang tindakan susulan. Nasib hubungan anda terletak pada keputusan anda.

Penat SudaH```

Kalau dah namanya HATI, pantang tersentuh BERSEPAI terus! 

Aish, bosan la nak touching touching. Tunggu lama-lama, last-last dia tetap xkan nak dengan Jijah. Tak apa la.. Mungkin bukan jodoh Jijah dengan dia. Jijah redha.

Okay, sesiapa yang single atau ada kawan yang single, bolehlah bagi kat Jijah. HAHAHAHA



Tips menGubati Luka di Hati````


Assalammualaikum..

Di mulakan dengan Bismillah..

Minggu nih Jijah sungguh-sungguh gila dengan membuat tips..Everything about tips..Sebab apa?? Sebab Jijah kena sound hanya sebab Jijah always wat entry pasal masalah CINTA Jijah jadi ramai sahabat-sahabat bagi idea daripada Jijah asyik tulis benda yang sebenarnya wat Jijah sedih lebih baik Jijah wat benda lain dan sebab-sebab itu lah terhasilnya tips yang entah apa-apa ini..hahhaa

tips kali ini adalah tips mengubati hati yang terluka jadi meh la pakat baca ramai-ramai and jangan baca je tinggal kan jejak sahabat-sahabat di Cbox dan jangan lupa tinggalkan link sekali supaya Jijah pun boleh visit blog sahabat-sahabat...
  1. Pergilah mencari Pencipta Kamu. Mengadu pada Dia. Menangis depan Dia. Cerita semua pada Dia. (Jijah Mohon keampunan dariNYA sebab mencintai seseorang yang belum sah menjadi suami. Hadoi, besar dosa Jijah. Astaghfirullah!)
  2. Solat hajat, solat istikharah dan solat-solat sunat yang lain. Mengaji jangan tinggal. Barulah tenang hati. (Empunya diri ni pun sama, gi lah bawak-bawak mengaji)
  3. Jangan duduk sendirian! Kalau Jijah, gi lah bowling! Pastu aim kat pin tu macam kita nak lepaskan geram. Confirm STRIKE!
  4. Pergi berbual dengan parents and kawan. Cuma, Jijah tak boleh nak borak ngan my parents and kawan2 sangat tentang hati perasaan ni. Jijah jenis pemalu nak bercerita. Tapi kan, my friend ada tanya soalan cepu cemas, "Agak-agak bila nak kawin?" ERK! Oke, TERDIAM.
  5. Jangan buang barang pemberian si dia. Simpan sahaja. Kalau rindu, tengok sahaja. Sebab kalau dah buang, terus tak ada apa untuk kita tengok. Sekurang-kurangnya, kita jadi kuat!
  6. Kalau Jijah, Jijah tak boleh dengar lagu-lagu jiwang. Cuba cari lagu yang semangat sikit. Macam Jijah, Jijah dengar lagu-lagu Linkin Park.hahahhaa
  7. Jangan merayu kepada dia untuk terima kita balik. Sebab dia akan rasa yang dia dah mendapat kemenangan total. Cuba jadi KUAT seperti MILO. Heh, sempat merepek.
  8. Yang paling penting, belajar untuk REDHA. Terima perkara tu and berdoa agar dapat yang Terbaik untuk kita.

Monday, April 4, 2011

10 Sikap Lelaki Idaman Para WANITA ......

Hai Ladies .. Ingin lelaki idaman? Yang seperti dibawah ini ya..harap-harap semua perempuan sama je ye..hhahahaa..

  1. Komunikasi : menurut hasil yang boleh di percayai, wanita memerlukan lebih banyak masa untuk bercakap dan di ajak berbicara berbanding dengan lelaki. Wanita menyukai lelaki yang suka berkomunikasi dan selalu ada bahan perbualan yang menarik. Lelaki yang humoris tentu saja akan dapat nilai bonus or plus++ di mata wanita.
  2. Perhatian : wanita menyukai lelaki yang penuh dengan sifat perhatian. Perhatian yang tulus boleh membuat wanita merasa dihargai dan disayangi.Apa lagi kalau perhatian itu disampaikan pada saat yang tepat, perhatian yang biasa-biasa saja pun boleh meninggalkan kesan yang tak terlupakan..
  3. Pengertian : lelaki yang pengertian tidak suka memberi ceramah panjang lebar, memasang wajah muram atau marah besar untuk mengubah kebiasaan buruk kekasihnya..Lelaki haruslah memberi pandangan yang sewajarnya jika ingin merubah sikap kekasihnya.
  4. Tegas : wanita memerlukan seorang pendamping yang boleh bersikap tegas dan boleh mengambil keputusan.. Lelaki yang tidak tegas, ragu-ragu dan susah mengambil keputusan biasanya susah atau kurang dihargai..
  5. Tabah (tegar) : wanita mengagumi lelaki yang bersikap tegar dan berjiwa besar. Ketabahan tidak kelihatan ketika segala berjalan lancar, justru ia diuji ketika ada masalah, ketika hubungan terancam putus, dsb. Lelaki yang mudah menyerah, putus asa adalah tidak menarik bagi seorang wanita..
  6. Menghormati Wanita : wanita akan hormat kepada lelaki yang menghormatinya. Bila wanita rasa di hormati? Ketika dia dibukakan pintu dan dipersilakan masuk dulu, ketika lelaki mengambil alih barangan yang berat yang sedang dia bawa, ketika dia tidak dibiarkan menunggu lama, ketika dia dipuji didepan orang lain..dsb..
  7. Melindungi Wanita : Meskipun suka dilindungi, namun wanita tidak menyukai perlindungan yang over dan kaku. Wanita tidak merasa dilindungi bila kemana-mana selalu dikawal, diawasi atau dimonitor meskipun dengan dalih demi keselamatanmu.Wanita menghargai perlindungan yang lembut. Misalnya, berjalan atau menyeberang pada posisi aman, ditemani ketika dia merasa ketakutan, dihantar ke doktor ketika dia sakit, didampingi ketika dia naik jet coster, dsb
  8. Menghargai Wanita : Wanita ingin dihargai dan diperlakukan oleh kekasihnya. Dia tidak suka mendampingi lelaki yang berkesan tidak terlalu menghargainya. bila dia merasa dihargai? Ketika dari luar kota Anda meneleponnya dan bilang Aku merindukanmu, ketika Anda meminta pendapatnya, ketika Anda tidak menyembunyikan seseuatu dengan alasan itu urusan lelaki.. dsb..
  9. Simpatik : Lelaki yang simpatik tidak hanya bersikap baik kepada kekasihnya, tapi juga kepada keluarga kekasihnya, kepada teman-temannya dan kepada orang lain. Dengan demikian dia membuktikan bahawa kebaikannya bukan sandiwara atau lakonan, tapi benar-benar kebiasaan dan sifatnya.
  10. Romantis : lelaki yang romantis biasanya bersikap manis, memperlakukan kekasihnya dengan lembut, memanggilnya dengan sebutan yang romantis, memberi bunga pada hari-hari spesial, dsb. Meski tidak setampan Tom Cruise, Brad Pitt dan selembut Richard Gere, setiap lelaki perlu belajar untuk bersikap romantis. Mengapa? Karena lelaki yang romantis adalah lelaki idaman wanita..

Tips PeDeKaTe, Biar Si Dia Ga Lari Gitu

ok..Entry Miss Jijah tuk hari ini adalah tips PEDEKATE..sape-sape yang tak faham boleh pergi search kat makcik GOOGLE ok.. untuk entry kali nih Jijah buat dalam bahasa indonesia lagi sebab sekarang kawan-kawan Jijah kat indonesia lagi dalam musin menawan hati atau lebih tepat nya dengan men'ejazz lelaki.. Dan tips nih sesuai untuk perempuan sahaja tapi kalau lelaki nak baca pun tak salah.. Biar lelaki boleh faham sekuat mana perempuan nih berusaha untuk menarik perhatian para kaum adam...




sedang melakukan pendekatan dengan seorang pria yang disukai, pastinya segala hal akan di rencanakan dengan rapi agar si pria idaman tidak lari kemana-mana. Jagaimage sudah pasti dilakukan, begitu juga dengan sederet aturan-aturan tidak tertulis lainnya tentang hal-hal yang tidak boleh dilakukan agar si dia tidak lari dari genggaman. Padahal, tidak harus terlalu berlebihan seperti itu, karena yang terpenting adalah menjadi diri sendiri. Dan juga hindari 6 informasikan berikut ini.


1. Membicarakan hal negatif tentang mantan.
Jangan pernah membicarakan hal negatif tentang mantan di depan pria yang sedang melakukan pendekatan pada Anda. Tidak peduli pada kencan pertama atau kencan ke-15, yang pasti jangan pernah membicarakan kejelekan mantan pacar. Karena, mantan pacar adalah orang yang pernah sangat dekat dengan Anda, pernah ada dalam hidup Anda, dan menghabisakan banyak waktu bersama. Jadi jangan pernah menjelek-jelekkannya. Karena ini akan membuat si pria idaman berpikir, jika suatu saat ia menjadi mantan Anda, pastinya ia akan mendapat perlakuan yang sama, di jelek-jelekkan di depan pacar baru Anda. Jadi, ketika si pria idaman menanyakan soal mantan, jawab saja dengan sopan, “kita sudah tidak sama-sama lagi. Dulu hubungan kita sangat menyenangkan, dan aku banyak belajar dari hubungan itu.” Cukup sampai disitu saja.

2. Paranoid.
Anda sedang dekat dengan seorang pria, dan semuanya berjalan lancar. Lalu, suatu hari ia minta izin untuk pergi bersama dengan teman-teman prianya, semacam boy’s night out lah. Awalnya, Anda hanya mengirimkan sms dan mengatakan “Have fun!”. Lalu setelah hari semakin larut, tiba-tiba mulai muncul keraguan tentang apa yang sedang dilakukannya bersama teman-teman. Pikiran-pikiran mengganggu seperti “dia selingkuh enggak ya?, jangan-jangan dia tergoda dengan wanita lain, atau, dia lagi ada dimana ya sekarang?” mulai hadir satu persatu di benak Anda. Lalu untuk menjawab rasa penasaran, Anda mulai meng-smsnya dengan mengatakan “kamu lagi ngapain sekarang?.” Padahal dia sudah mengatakan sebelumnya bahwa dia hanya hang out bersama teman-temannya. Satu kesalahan besar telah Anda lakukan.
Ditambah lagi Anda tidak pernah berhenti mengirimkannya sms untuk bertanya ini dan itu. Rasa cemas yang berlebihan seperti ini akan membuat pria kabur. Jadi, ketika membina hubungan dengan seorang pria, dan ia sedang pergi bersama teman-teman prianya, hormatilah ia dengan “guy time” nya. Karena ini akan membuat Anda menjadi wanita paling cool yang dicarinya selama ini.

3. Membicarakan kejelekan wanita lain.
Adalah sebuah kesalahan yang besar yang dilakukan seorang wanita, jika ia membicarakan kejelekan wanita lain di depan pria yang sedang mendekatinya. Misalnya, ketika sedang bersama dengan si dia, tiba-tiba ada seorang wanita yang lewat dengan memakai rok super mini. Lalu Anda mengatakan padanya “lihat deh, perempuan itu kacau banget sih, pakai rok super mini seperti itu pergi ke mall. Kok bisa ya, dia begitu percaya diri memakainya.” Apa yang Anda lakukan akan menunjukkan ketidak percayaan diri. Sama saja Anda mengatakan kepadanya bahwa Anda kurang mencintai diri sendiri. Tanpa disadari Anda telah menebar benih keraguan pada hati si dia, yang menyebabkannya berpikir untuk mendekati wanita lain yang punya rasa percaya diri yang lebih baik, dan punya toleransi yang tinggi pastinya. Jadi, jangan pernah menjelekkan wanita lain di depannya, karena hanya akan membuat Anda terlihat insecure.

4. Memancing pujian.
Ini adalah satu hal yang bisa membuat seorang pria menjadi gila. Contohnya, si dia memuji Anda dengan mengatakan, “Kamu cantik sekali malam ini.” Lalu, sepuluh menit kemudian, Anda menatapnya dan mengatakan, “menurut kamu, gimana penampilan aku malam ini?” Please, stop memancing pujian. Karena pujian yang tulus akan datang dari dalam hati. Jadi, biarkan pria memberikan pujian yang tulus dari dalam hatinya. Kalau ternyata si dia tidak memberikan pujian di saat yang Anda inginkan, tidak perlu kecewa, terima saja dengan ikhlas. Daripada si dia terpaksa mengeluarkan pujian.

5. Posesif.
Tidak perlu melakukan segala sesuatu bersama-sama. Toh, Anda dan dia masih sama-sama saling mengenal. Kalau ada hal yang ingin dilakukannya, tapi ternyata Anda tidak tertarik, santai saja. Tidak perlu memaksakan diri untuk ikut bergabung. Lalu, ketika menghadiri sebuah pesta bersama, tidak perlu mengikutinya terus-menerus. Kalau ia terlihat sedang berbicara dengan seorang wanita, jangan langsung menghampiri, menarik tangan lalu memeluknya erat, Karena ini akan membuat Anda terlihat sangat posesif.

6. Memaksa berkenalan dengan teman-teman se-gank.
Jangan pernah memaksanya untuk berkenalan dengan teman-teman Anda terlalu cepat. Misalnya, baru dua kali berkencan, tiba-tiba Anda mengatakan padanya, “kamu harus ketemu sama teman-teman aku, mereka sangat menyenangkan.” Karena ini akan membuatnya berpikir, “kita kan baru kenal, saya bahkan belum mengenalnya dengan baik. Tiba-tiba dia ingin mengenalkan pada teman-temannya.” Yang ada ini akan membuatnya bubar jalan, karena merasa terlalu ditekan. Biarkan dia mengenal Anda perlahan, dan saling mempelajari sifat masing-masing. Percaya deh, sekali dia merasa nyaman dengan Anda, maka ia tidak akan segan untuk bertemu dengan teman-teman Anda.

Tips di atas akan membantu Anda untuk sukses melewati bulan-bulan awal dari sebuah hubungan. Dan pastinya menghindari kesalahan besar sebelum memulai sebuah hubungan. Tunjukkan rasa percaya diri, supaya si dia semakin yakin untuk merebut hati Anda. Dan pastinya, jangan membuat ia kabur sebelum kenal lebih jauh.

Saturday, April 2, 2011

tiPs meLupAkAn OrAnG yAnG diCiNtAi``````



Hari ini Jijah punya banyak masa untuk mengupdate blog Jijah. Entry yang sekarang ni Jijah nak kongsi dengan semua awak-awak semua tips buat melupakan seseorang yang pernah atau masih kita cintai kerana Jijah juga sedang mengunakan tips-tips ni untuk melupakan seseorang.


Melupakan seseorang yang dicintai memang sangat berat dan susah,macamana Jijah tau??  karena Jijah  sendiri pernah atau dengan lebih tepat nya sedang mengalami hal yang sama. Jijah sangat bersyukur karena Tuhan (Allah s.w.t), keluarga dan juga sahabat-sahabat telah memberikan satu perasaan yang membuat Jijah menjadi lebih kuat.
Jadi apa harus kita melakukan? Berbagai pendapat bermunculan. Ada yang berkata: mengapa untuk dilupakan, bukankah dia pernah menjadi bagian yang terbaik dari hidup kita. Ada lagi yang berkata: cukup saja dikenanglah, itu akan lebih baik.

Jadi apa tindakan yang terbaik? Semua tergantung dari diri sendiri, bagaimana kita menyikapi kehidupan ini. Setiap orang pasti berbeza, tapi perbezaan itu dikeranakan tingkat ego seseorang. Bagi kita yang mempunyai mental kuat dalam menghadapi berbagai perubahan dalam kehidupan, cukup saja sebagai kenangan yang mungkin tak terlupakan. Namun bagi kita yang tidak peka terhadap perubahan, ada beberapa tips untuk melupakan seseorang yang dicintai. Supaya tidak selalu terjebak oleh masalalu yang harus ditinggalkan.



Tips melupakan seseorang yang dicintai:
Jangan pernah ingin melupakan dia, semakin ingin melupakan maka semakin mengingatnya. Ini adalah lumrah alam.

  1. Buka mata dan fikiran bahawa hidup masih panjang. Sedarkan diri yang masih banyak yang boleh kita lakukan dan kita capai. Kita harus terus berlari dan jangan berhenti hanya kerana masalah yang mematikan kita.
  2. Bangunkan kekuatan mental yang baru dan lebih kuat. Kerana dalam berhubungan dengan siapa saja yang sekarang menjadi kawan besok mungkin menjadi lawan.
  3. Sedar yang bahawa dia bukan segala-galanya. Yang terutama adalah diri kita sendiri, kita harus hidup tergantung pada apa yang menjadi keperluan. Mereka boleh ada juga boleh tidak ada
  4. Setiap bertambah 1 orang dalam hidup kita, berarti kita menambah 1 masalah dalam hidup kita.
  5.  Perbanyak ibadah dan berdoa yang sungguh-sungguh kepada Allah. Minta kepada Allah SWT untuk membalikkan rasa cinta Anda kepada si dia menjadi rasa hambar kepadanya. 
  6. Kalau sudah putus, jangan terlalu berangan-angan untuk kembali lagi.
  7. Jika Anda teringat dengan kebaikannya atau saat-saat indah dengannya, imbangi ingatan tersebut dengan mengingat-ingat kekurangannya atau saat-saat yang paling menyakitkan dengannya.
  8. Sibukkan diri dengan aktiviti yang mengunakan tenaga dan fikiran, sehingga kita tidak punya waktu untuk memikirkannya.
Ok..buat masa ni cuma ini saja tips yang boleh Jijah kongsi lagi pun nak tulis panjang-panjang takut membosankan je..Tapi memang begitulah kehidupan…. Kita harus boleh menerima kenyatan, dan semua kembali pada diri sendiri, bagaimana kita fikiran dan sikap mental dalam menghadapi perubahan, sekaligus nekad untuk berubah sehingga semampu yang mungkin... 

Tapi nih cara yang selalu Jijah buat, Jijah akan tulis kat satu kertas penuh yang Jijah benci orang yang Jijah cuba untuk lupakan tuh..
Mcam nih..


.