CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, April 1, 2011

tiPs uNtuK mEnjAgA aRnAb```

Ok, untuk entry kali nih, saya nak berkongsi tips penjagaan untuk memerlihara salah satu haiwan berbulu dan bertelinga panjang, iaitu Arnab. Atau dalam bahasa Inggerisnya, dipanggil RABBIT. Bagaimanakah rupa arnab a.k.a rabbit? Dibawah inilah gambarnya… (ok, cukup~ jangan nak poyo-poyo yerk, Akuro~ dush!).



Mungkin dalam minggu nih Jijah akan beli Arnab jadi dalam minggu nih Jijah sibuk sikit dengan searching semua tips dalam menjaga arnab. Dulu pernah bela kucing dan anjing, setiap binatang ada tips menjagaan yang berbeza.
Antara beberapa perkara yang perlu kamu tahu untuk memerlihara arnab adalah:
Makanan
Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Saya biasa panggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah.



Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Jadi mungkin untuk menstabilkan diet si arnab, saya telah akan try bagi makan ‘rumput Israel’.



Selain rumput Israeldaun kangkungdaun pucuk manis, daun pucuk tenggek burungpandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Ianya tidak memerlukan kos yang tinggi sebab kesemua jenis pokok dan daun yang saya beritahu tadi semuanya sudah ada tertanam disekeliling rumah saya. Terutamanya rumput Israel. Memang banyak boleh dipetik dalam belukar dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi kamu perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.
:!: Suka saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, JANGAN diberi pada waktu pagi. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut.
Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit.
Tempat Tinggal
Kamu boleh memilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab kamu. Jika kamu bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), kamu bolehlah membelanya didalam sangkar. Alah~ sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh… Tapi jika kamu bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik kamu buatkan reban untuk arnab-arnab kamu. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab kamu akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak.


Jika kamu ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksud saya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan kamu memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab kamu. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~
Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina. (hah, bagi yang lelaki, jangan jadi macam arnab ya~ kota lebih dah tuh…)
Kesihatan
Ok, seperti yang ada saya beritahu diatas tadi, jika mahu beri arnab kamu makan sayur, jangan beri pada waktu pagi untuk mengelakkan sakit perut. Pastikan juga arnab kamu sentiasa diberi minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika kamu hanya berikan arnab kamu makan pellet/dedak arnab sahaja, kamu perlu pastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab kamu makan kobis bulat… erm~ nih saya pun tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~
Elakkan arnab kamu dari kesejukan. Pastikan kamu tidak memandikan arnab kamu kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Ada sesetengah jenis arnab yang kamu perlu buatkan unggun api dibawah reban pada setiap Subuh, untuk mengelakkan arnab berada dalam kesejukan. 
Pastikan reban atau sangkar arnab kamu sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali untuk mengelakkan arnab kamu diganggu hama, agas-agas, atau semut.
Permainan
Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing. Heh, tak tahulah betul ker tak, sebab arnab saya tak ada pula keluar bunyi begitu (boleh refer Lazybunny). Sesekali, kamu boleh bermain dan manjakan arnab yang kamu perlihara. Sepanjang saya memerlihara arnab, saya dapati arnab sangat suka pada kertas. Terutamanya kertas tebal seperti kotak kertas dan beg kertas. Jika kamu berikan kotak kertas yang tebal pada arnab, Si arnab akan masuk dan tidur didalam kotak itu. Jika tidak tidur, Si arnab akan menggigit dan mencakar kotak kertas itu hingga hancur sebelum memakannya.. huhu~
Jika kamu bawa masuk arnab kamu kedalam rumah, pastikan arnab kamu tidak menggigit kabel eletrik atau kabel telefon. Ini kerana arnab memang terkenal dengan sifatnya yang suka menggigit dan mengunyah. Jauhkan juga arnab kamu dari pemangsa seperti kucing yang garang, dan sebagainya.

1 comment: