5 years ago
Wednesday, March 16, 2011
~Aku Tak Curi Ikan Kau La~
Sebenarnya bukan ikan betul-betul pun tapi sebab ada perempuan nih tiba-tiba je chat dengan aku kat Facebook, first-first ayat dia...Kucing...Selepas tuh tiba-tiba je dia sound aku, "kalau dah lapar sangat jangan lah sampai nak curi ikan orang lain".. Aku pun benggang la bila dia cakap macam tuh, aku pun sound lah balik, " Wei iLer, aku tak makan ikan lah..tapi kalau keropok lekor aku makan lah, apalagi kalau keropok lekor losong".
Selepas beberapa minit kami berperang di chat, barulah aku faham dengan maksud dia.. Sebenarnya dia salah faham...Dia fikir aku nih dah ambik pakwe dia dan menjadi punca dyeorang putus...
Wei perempuan...aku tak ambik pakwe kau lah, aku dengan pakwe kau tuh kawan baik je.. Aku kenal dia dari aku kecik lagi... Mandi hujan, mandi banjir, main masak-masak sampai main kawen-kawen pun sama-sama... Jadi jangan salah faham lah...
Lagipun sekarang nih aku dah ada orang yang aku suka lah.. Tapi thanks sebab panggil aku kucing.. Nasib baik kau tak panggil aku nih anjing yang suka curi tulang...
Hakhakhakhak...
=P
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment