CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, March 18, 2011

Sehabis Bicara Cinta


Aku menyalahkan diri aku sendiri kerana tak dapat nak buat pape pun untuk dia..Aku nak menangis ta..tapi..aku tak boleh menangis. Aku kena tanam kat diri aku dalam-dalam.......Jangan sesekali tunduk dan pandang kearah kegelapan.. Iye, kita dah berjanji akan sentiasa bersam-sama berdua. Tiba-tiba suasana bertukar terang. Jika tiada langsung kegelapan di sini...Dimanakah kegelapan tuh berada?? 'Dia telah pergi ke kekasih hati aku.. kenapa kau pergi ke dia saat aku sangat perlukan dia?? Apasal nak kena datang jugak di antara kitorang berdua??


Ah, aku pun kena tahan diri daripada menangis.. Sudah beberapa kali aku beritahu diri sendiri, jangan menangis!! Kalau aku menangis, walau ada harapan terakhir yang masih tinggal pun, ia akan juga kerana menangis itu hanya satu luahan yang sia-sia.. Walau bagaimanapun, aku sepatutnya lebih tahu dari awal lagi bahawa istilah harapan itu tidak wujud di dalam kisah kita ini. Sedangkan diri sendiri tak terjaga, bagaimana hendak aku melindunginya?? Aku cukup kesal dengan keadaan ini, aku benci dengan diriku.. Kini, kegelapan itu sudah mulai memamah diriku.. AKHIRnya, air mata aku bergenang...


Aku betul-betul macam orang bodoh.. Aku betul-betul menyampah dengan semua benda.. Aku betul-betul benci bila memikirkan dia sudah meninggalkan aku.. Aku berharap diberi masa satu tahun..satu tahun je lagi untuk bersama dia. Aku..aku sanggup membunuh untuk dapatkan peluang itu.. 


" Usaha aku akhirnya samapi tiba di titik tamatnya.. Walau aku laung sejuta suara sekalipun, dia tidak akan bisa mendengar meskipun secuil kata cuma ".
Pada hari dia pergi langit pun seperti ingin menangis.. Aku sering berteriak nama nya dilangit, aku akan dengar semacam satu maklum balas.. Maka dengan itu,aku sentiasa buat begitu untuk merawat hati aku yang masih terluka sehingga hari ini..

No comments:

Post a Comment