CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, March 6, 2011

kau pernah mengajar aku~~

aku merindui kau


dulu kau selalu berkata kepada aku. kalau aku ingat akan kau, aku cuma perlu pejamkan mata sambil make a wish yang aku mahukan kau. lepas tuh sambil buka mata slow2 hembuskan nafas, pasti kau akan langsung hadir di depan mata aku.. tapi sekarang aku sudah penat pejamkan mata dan make a wish. tapi kau tetap tak muncul-muncul juga..

kau ajar aku supaya setia dan sayang pada kau macamna kau setia dan sayang pada aku. tapi waktu aku setia dan sayang pada kau, kau berpaling pada orang lain.. kau biarkan aku sendiri melalui hari-hari yang hanya membuat aku lelah dan sedih... aku rindu pada kau..

kau mengajari aku agar sentiasa menghormati kau.. kerana kau sangat-sangat menghormati aku...tapi saat aku mulai belajar tuk menghormati kau, kau berlalu pergi meninggalkan aku..

kau mengajar aku agar sentiasa selalu ingat pada kau.. aku tak pernah lupa pada kau.. malah kau yang lupa pada aku~~ kau pernah bilang bila aku ingin menangis, dakaplah baju yang kau berikan pada aku dan tangisan aku akan reda kerana dengan mendakap baju kau itu sama sahaja seperti aku mendakap kau... tapi sumpah tangisan aku tak berhenti malah semakin deras kerana aku dengan mendakap baju kau itu akan membuat aku semakin dan semakin merindui kau..

No comments:

Post a Comment