Tapi kali nih aku bukan nak cerita pasal aku tetapi aku nak cerita pasal kawan aku yang telah berjaya kot dalam percintaan dia... Kawan aku nih aku panggil Perry je ek.. Aku cerita sikit pasal hal-hal yang mungkin tak penting tapi aku nak cerita gak..Perry nih tak suka benda-benda yang berbunyi bising, orang yang dia tak kenal masuk ke dalam rumah pastu lelaki yang bernama Millo..tapi tuh dulu lah, sebelum dia kapel dengan budak Millo nih.. Tapi Perry sebenarnya suka kat di tapi sebab Perry nih tak pandai n malu nak luahkan perasaan.. Walaupun Perry suka kat Millo, Millo boleh lak pergi kapel dengan perempuan lain lak.. Tapi akhirnya dia sedar yang Perry lebih penting dari awek dia.. Dia berpisah dengan awek tuh dan selepas dia putus dengan awek dia tuh dia pun kapel dengan Perry hampir 2tahun.. Millo nih memang lembab sikit dalam soal cinta.. tuh bukan aku yang kata tapi Perry yang kata.. Dah dekat 2thun kapel, jalan berdua pun dyeorang tak pernak berpegang tangan..Aduyai.. Aku tak tau lah kenapa semenjak dia kapel dengan Millo, dia selalu sangat mengeluh bukan ke patutnya dia bahagia sebab dia dah dapat bersama dengan Millo?? Kenapa ya?
Aku pernah lihat mereka bergaduh hanya sebab Perry berkawan dengan lelaki lain tapi masalah nya Millo pun kata kat Perry, "ikut awak lah awak nak kawan dengan sape2 pun". Tapi pada masa tuh, aku ingat mereka berdua akan segera berbaik semula. Pertama kali aku melihat mereka berdua bergaduh. Perry biasanya tak marah lama2.. tapi kali ini berbeza.Dah lah buat Perry marah, tak minta maaf atau telefon dia pun.. Apa yang kau buat nih Millo??
Bukankah mereka kapel? Kenapa nak gaduh lama2 lak?? Aku tak kisah tentang Millo tuh tapi aku tak suka tengok Perry bersedih..Dah lebih setahun aku tak dengar pape cerita pun pasal Millo tetapi baru-baru nih Millo call aku dan dia tanya pasal Perry, dia kata dia nak minta maaf sebab dia tinggalkan Perry bodoh macam tuh je, dia nak minta maaf sebab dah lama tak call2 Perry, dia nak minta maaf sebab tak pernah nak tunjuk rasa sayang, rasa cinta dan rasa kasih dia kat Perry selama nih... Aku tak tau nak cakap macamna kat Millo sebab aku tak nak dia Millo sedih, tapi aku bagitau juga sebab aku sangat2 marah sebab baru sekarang dia nak minta maaf?? kenapa bukan dulu, bukan dulu..time Perry still ada dekat dunia..Sekarang Perry dah tinggalkan aku, dah tinggalkan Millo..dia dah pergi jauh..dia dah pergi dekat disisi tuhan.. Perry dah meninggal, kau pergilah tunjuk rasa menyesal kau tuh kat kuburan dia.. itulah jawapan yang aku beri ke Millo...
Thanks Millo sebab dah izinkan Jijah bercerita mengenai kisah cinta kau dan dia.. Perry, we always remember n love u..
p/s : ape yang Jijah cuba sampaikan dalam cerita nih, bagi pasangan2 yang bercinta, tolonglah hargai pasangan korang sebelum korang akan menyesal di kemudian hari..................
Dalam Kenangan : Putri Fetriana Arian
No comments:
Post a Comment