Walaupun kini aku menginginkan kau untuk mengisi kekosongan di dalam hati dan hidupku.. Tapi tolong JANGAN PILIH AKU untuk mengisi kekosongan didalam hati kau.. Kau mempunyai hubungan yang baik dengan teman wanita kau dan aku tidak ingin menjadi kucing, tikus, anjing, malah singa yang cuma akan merosakan hubungan kau dengan dia...
Aku tidak suka dibilang orang sebagai perampas malah perosak hubungan orang.. Aku bahagia melihat kau dengan si dia.. Walaupun aku belum mengenali kau dengan akrab tapi aku tahu kau di antara lelaki yang setia.. Yang tidak akan mungkin meninggalkan kekasih kau hanya kerana ingin bersama aku.. Aku tidak secantik kekasih kau.. Aku tidak sebaik kekasih kau.. Aku tidak secerdik kekasih kau.. tapi aku sangat mencintai kau sama seperti kekasih kau..
Sukar untuk aku menolak kebaikan kau.. aku bercerita di sini bukan kerana ingin meraih simpati tetapi dengan bercerita di Dunia Jijah membuatkan aku menjadi tenang dan lebih santai melalui kisah-kisah hidup aku ini....
5 years ago
No comments:
Post a Comment